Bizzy bergerak solo tanpa trio MFBTY

YAKIN mampu pergi lebih jauh tanpa ahli kumpulan, penyanyi Bizzy tetap bersemangat meneruskan karier sebagai artis solo.

Keputusan tersebut dilakukan oleh penyanyi rap itu untuk berkarier tanpa ahli trio hip-hopnya MFBTY yang terdiri daripada Tiger JK dan Yoon Mi-rae.

Pihak pengurusan MFBTY, Feel Ghood Music menghormati keputusan pemilik nama asal Park Jun-young itu walaupun sudah bekerjasama lebih 10 tahun.

“Feel Ghood Music menghormati dan menyokong penuh keputusan Bizzy untuk meneruskan karier sebagai artis solo,” katanya dalam sebuah kenyataan rasmi. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok