‘Tak mencari, mungkin bertemu jodoh di pickleball court’

SELEPAS mengesahkan status kembali solo dan ‘available’ tanpa insan istimewa bertakhta di hati , pelakon Nora Danish mengakui fokus utamanya kini bukan lagi terhadap soal mencari calon suami atau bercinta lagi.

Sebaliknya, pemilik nama lengkap Nora Mohd. Danish Hanif, 44, mendedahkan dia sendiri terkejut dengan perubahan fasa hidupnya sekarang memandangkan sebelum ini dia sering berfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

“Fasa saya sekarang alhamdulillah, saya memang tak fokus lagi pada percintaan.

Sebenarnya saya pun terkejut sebab saya ingat saya seorang yang memang suka fikir ‘nak berkahwin secepat mungkin’ sebab suka ada pasangan dalam hidup saya.

“Tapi alhamdulillah sejak menceburi bidang sukan, fokus lebih kepada pickleball. Jadi macam tak fikir sangatlah,” katanya kepada HibGlam pada pertandingan Pickleball 5 Bomoh, semalam.

Bagaimanapun, pelakon filem Bencinta itu tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.

“Serah kepada Allah itu saja. Kalau ada jodoh, ada.

Mungkin bertemu jodoh di pickleball ‘court’ (gelanggang) ke, siapa tahu,” selorohnya.

Tambahnya, dia tidak lagi aktif mencari cinta selain menolak dakwaan dihujani mesej usikan daripada mana-mana lelaki dalam media sosial.

“Doakan. Saya memang tiada siapa lagi dan tak mencari dah.

Tak ada (orang DM), tengoklah telefon saya.

“Semua macam baik saja. Mereka tak ‘try’ (cuba mengurat),” selorohnya lagi.

Sebelum ini, Nora memuat naik foto memaparkan momen sepanjang Ogos 2025 termasuk gambar seorang lelaki berkopiah dan berkaca mata yang dikenali sebagai Mickey Ayo.

Namun, Nora mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung dakwaan sedang menjalin cinta dengan perunding kewangan terbabit.

April lalu, Nora mengesahkan dia lebih selesa berkawan dengan Mickey selepas mendapati mereka kurang persefahaman dalam pelbagai aspek. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok