Lebih sedekad hidup solo, aktres Charlize Theron belum bersedia untuk kembali berpasangan meski dua anak angkatnya, Jackson dan August mendesaknya mencari kekasih.
Bintang filem Monster yang berusia 50 tahun itu berkata, keutamaannya kini lebih kepada keluarga kecilnya.
Malah akui Theron, pandangan mengenai hubungan asmara berubah seiring peningkatan usia kerana dia tidak pasti sama ada mampu untuk kembali hidup serumah dengan bekas kekasih.
“Anak-anak di fasa usia di mana mereka suka jika saya mempunyai kekasih.
“Saya tidak menutup pintu hati, cuma bimbang dengan penerimaan mereka. Nampaknya mereka gembira jika saya ada teman baru,” katanya.
Sebelum ini, Theron pernah menjalin hubungan serius dengan pelakon Stuart Townsend selama 10 tahun sebelum bercinta pula dengan aktor, Sean Penn yang hanya bertahan tiga tahun. – HIBGLAM
