Ariana Grande, suami bercerai kerana sibuk 

PASANGAN selebriti popular Hollywood, Ariana Grande dan Dalton Gomez akhirnya rasmi berpisah selepas dua tahun berkahwin.

Menurut laporan Daily Mail, rumah tangga penyanyi berusia 30 tahun itu dikhabarkan telah berakhir sejak Januari lalu.

Selepas berpisah, kedua-duanya telah membawa haluan hidup masing-masing, malah Gomez dikatakan sudah ada teman wanita baharu.

Jadual kerja yang padat sebagai penyanyi terkenal dikatakan menjadi punca perpisahan pelantun lagu Thank You Next itu sehingga kedua-duanya jarang bertemu.

Menurut sumber terdekat Grande, Gomez tidak menunjukkan usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya sehingga mereka akhirnya bercerai pada Januari lalu.

“Grande memang sibuk. Pada masa sama Gomez juga tidak menunjukkan usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya. Bahkan, dia juga sudah mempunyai teman wanita lain sejak beberapa bulan lalu,” kata sumber tersebut.

Kata sumber itu lagi, Grande dan Gomez sebelum ini pernah cuba memulihkan perhubungan mereka pada Mei lalu, namun tidak berhasil.

Grande dan Gomez sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Mei 2022 sebelum berkahwin pada tahun yang sama.

Gomez sebelum itu telah melamar Grande dengan sebentuk cincin mutiara bertatahkan berlian milik neneknya pada Disember 2020. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok