444
PELAWAK Yoo Jae-suk melabur kira-kira 3 bilion won (RM 11 bilion) untuk menjadi pemegang saham terbesar dalam Antenna iaitu anak syarikat Kakao Entertainment.
Ketua Pegawai Eksekutif Antenna, Yoo Hee-yeol memperoleh 21.37 peratus mendahului Jae-suk dengan 20.7 peratus menjadikan dia sebagai pemegang saham ketiga terbesar.
Sejak menyertai Antenna pada Julai 2021, Jae-suk mengekalkan hubungan dengan agensi hiburan tersebut dan muncul dalam pelbagai program berkaitan Kakao Entertainment.
Antenna juga menubuhkan studio hiburan bebas, Antenna Plus dan menghasilkan pelbagai kandungan yang menampilkan selebriti serba boleh itu dalam saluran YouTubenya.