Soo-ho sedia berstatus suami, pilih orang fesyen

SELEPAS menyulam cinta selama empat tahun, pelakon Ha Soo-ho bakal menamatkan zaman bujangnya bersama teman wanita pilihan.

Perkara tersebut diumumkan pihak Happy Married Company yang merupakan perancang perkahwinan mereka dengan memuat naik foto pasangan kekasih itu memakai busana pengantin.

Namun, tarikh perkahwinan mereka masih lagi menjadi rahsia buat masa sekarang.

“Ha Soo-ho akan mengahwini kekasihnya, seorang pekerja dalam industri fesyen yang lebih muda tujuh tahun daripadanya.

“Pernikahan akan diadakan secara tertutup di kawasan Taman Banpo Hangang,” kata pihak berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok