Nak tengok Zahnita Wilson cantik, berlakon semula

PERKONGSIAN model dan pelakon Zahnita Wilson tentang rutin harian dan aktiviti masakan dalam media sosial membuatkan khalayak tidak lupa tentang dirinya yang suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena.

Memiliki kelebihan berwajah kacukan, Zahnita kerap muncul menghiasi muka depan majalah sehinggalah namanya memuncak ketika membintangi filem Kuliah Cinta dan Gila-Gila Pengantin Remaja.

Biarpun sudah dua dekad ditayangkan, namun kedua-dua filem yang bercorak komedi itu tetap masih mendapat perhatian penonton selain mempunyai peminatnya tersendiri.

Kadangkala, Zahnita turut kongsikan sisi humor yang mencuit hati sehingga membuatkan peminat ingin melihatnya berlakon semula.

Ada juga yang meminta pengarah tersohor, Erma Fatima mengembalikan semula wajah Zahnita ke kaca televisyen seperti mana dilakukan kepada Fatiya Latiff.

Tidak salah juga diberi peluang untuk Zahnita kembali pakai cantik-cantik dan berlakon semula. Ramai berpendapat Zahnita tentu sahaja mampu untuk membawakan watak wanita matang atau karakter ibu yang bersifat antagonis. -HIBGLAM

Diva: Siapa pula pasangan selebriti popular yang katanya sudah tidak tinggal sebumbung?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok