AKTRES sensasi, Lindsay Lohan meluahkan rasa syukur sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 dengan berkongsi perjalanan hidup serta perubahan besar yang dilalui sehingga menemui kebahagiaan.
Menerusi hantaran dalam Instagram, bintang Mean Girls itu mengakui setiap pengalaman, termasuk kesilapan dan cabaran, menjadi pengajaran yang membentuk dirinya hari ini.
Terima kasih untuk setiap bab yang membawa saya ke titik ini, setiap pelajaran, tawa, kasih sayang dan mereka yang sentiasa berada di sisi saya,” tulisnya.
Lindsay turut mengimbau zaman kegemilangannya sebagai bintang muda Hollywood yang hadir bersama tekanan besar ketika masih mencari identiti diri.
Menurutnya, kehidupan berubah selepas mendirikan rumah tangga dengan Bader Shammas dan bergelar ibu. – HIBGLAM
