‘Sejak bila bridesmaid wajib popular atau artis sahaja?’

IKHLAS berkawan, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menegaskan dirinya lebih menghargai persahabatan tulen berbanding hubungan yang perlu sentiasa dipamerkan kepada umum.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, nilai persahabatan tidak seharusnya diukur berdasarkan kekerapan dilihat bersama, selalu muncul dalam hantaran media sosial atau dipertontonkan kepada khalayak.

“Apa sebenarnya nilai persahabatan di mata kalian? Adakah ‘best friend’ hanya dikira apabila sentiasa berkepit, muncul dalam hantaran dan sentiasa ditunjukkan kepada satu dunia?

Sejak bila pula apabila kita bercakap tentang bridesmaid (pengapit pengantin), semua yang terlibat wajib popular atau dalam kalangan artis?” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menurut tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu, dia lebih selesa memilih persahabatan yang terbina atas dasar kejujuran tanpa mengira status atau populariti seseorang.

Pada masa sama, Bella mengakui mempunyai ramai rakan dalam industri hiburan namun seperti insan lain, setiap individu mempunyai kehidupan yang perlu diberi perhatian.

Sudah tentu saya mempunyai kawan-kawan dalam industri yang sangat saya hormati dan sayangi juga tetapi semua orang mempunyai kehidupan sendiri.

“Masing-masing juga ada pekerjaan, keluarga, komitmen serta urusan yang perlu dipenuhi,” ulasnya.

Dipercayai, hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan komen seorang netizen berkenaan ketulusan persahabatan beberapa rakan yang dipilih sebagai pengapit sama ada mereka ada di sisinya ketika dalam fasa sukar dahulu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok