Sebagai bakal imam DSV, saya mohon maaf – Fazley

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob memohon maaf sekiranya video memaparkan dia sedang mengurut usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) bagi membantu memulihkan kesihatan baru-baru ini mengundang rasa kurang senang ramai.

Sedar khilaf diri, Fazley, 48, berkata, dia tidak mempunyai niat lain memuat naik konten yang dianggap kurang manis di mata segelintir pihak selain hanya mahu berkongsi momen bersama Vida.

“Terima kasih mendoakan DSV, alhamdulillah dia dah pulih dan dalam keadaan baik-baik saja.

Tentang paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum itu, mohon maaf bagi pihak pasukan konten kami.

“Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak atau timbulkan spekulasi distruktif,” katanya dalam platform Threads.

Tegas Fazley, pasukannya akan lebih meneliti dan menapis setiap kandungan sebelum dimuat naik dalam media sosial bagi mengelak kecaman ramai.

“Keterujaan pasukan kami untuk berkongsi momen-momen tertentu akan diperhalusi pada masa akan datang.

Saya sebagai ‘bakal imam DSV’ akan usahakan agar semuanya lebih mencerminkan contoh yang baik.

“Terima kasih dan doakan kami! Cuma bahagian DSV gelak, tidak boleh tolong sebab saya suka!” ujarnya.

Terdahulu, video memaparkan Fazley mengurut Vida dia sebuah pusat peranginan mengundang rasa kurang senang netizen.

Rata-rata berpendapat konten sebegitu tidak sesuai dimuat naik untuk tatapan umum malah kedua-duanya juga belum lagi bergelar suami isteri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok