Kena masak sendiri, beli takut ada MSG – Amy Aznan

DIKRITIK jari dan kuku kekuningan, pelakon Amyza Aznan menjelaskan kesan tersebut berpunca daripada kesibukannya menyediakan juadah buat anak-anak sebelum keluar dari rumah.

Amyza, 50, memaklumkan dia lebih selesa menyediakan sendiri makanan bagi memastikan seisi keluarga menikmati hidangan sihat terutama buat anaknya, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang.

“Ya, saya masak dulu sebelum tinggalkan anak-anak.

“Untuk Adrian Adam saya kena masak sendiri sebab kalau beli takut ada monosodium glutamat (MSG).

“Dia kena makan makanan sihat,” katanya dalam InstaStory.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial mengkritik jari dan kuku pelakon drama Rindu Kasih itu kerana nampak kekuningan.

“Jari dan kuku kuning, goreng ayam ke?,” ujarnya.

Perkara tersebut dipersoalkan dalam sebuah video temu bual selepas konsert pertama Kilauan Emas Selebriti 2026 (KE2026).

Amyza merupakan antara peserta yang berentap dengan sembilan lagi bintang lain iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Mubarak Majid dan Fazlina Ahmad Daud, Khaty Azian, Rahim Omar, Maria Tunku Sabri, Zila Bakarin dan Rashdan Baba. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok