GARA-GARA berwajah comel dan berkulit putih gebu, penyanyi Ayda Jebat mengakui anak keduanya kerap mencetuskan salah faham orang ramai apabila disangka kanak-kanak perempuan.
Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 34, berkata walaupun sudah memotong rambut pendek buat puteranya, Aali Mateen namun orang ramai masih keliru dengan jantina anaknya.
“Ingat bila sudah potong rambut adik orang tahu dia lelaki. Rupa-rupanya masih ada yang ingat dia perempuan.
“Nama dia Ali Mateen, anak kedua saya. Dia bukan Nayla atau budak perempuan.
“Cuma dia gebu dan comel tapi dia lelaki,” katanya dalam Threads.
Pada masa sama, pelantun lagu Pencuri Hati itu memberitahu warna kulit anaknya sememangnya cerah walaupun sudah bermain di bawah sinaran matahari seperti kanak-kanak lain.
“Main saja panas, tapi kulit dia jenis memang putih sangat.
“Tetapi lelaki kan ada yang kulit putih dan gelap, okey sahaja.
“Samalah perempuan pun, ada yang macam-macam jenis kulit. Takkan lelaki je kena gelap, perempuan kena putih.
Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla. – HIBGLAM

