‘Suka semua dia masak’ – Zahnita ‘ikat’ suami di dapur

SUAMI kepada pelakon Zahnita Wilson, Farouk Osman mengakui terpikat dengan air tangan isterinya yang rajin memasak sejak  mereka mendirikan rumah tangga Ogos lalu.

Pemilik nama lengkap Farouk Osman Yunus, 46, turut berseloroh bahawa dia juga mengalami peningkatan berat badan kesan menikmati hidangan air tangan suri hatinya itu.

“Dia pandai masak, saya suka semua benda yang dia masak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kalau orang cakap dia naik berat badan, saya pun sama,” katanya kepada HibGlam semasa majlis karpet merah Nona Gala Awards 2026, semalam.

Sementara itu, Zahnita atau nama asalnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini berada dalam fasa yang sangat baik dan tenang di samping suami tercinta.

“Kehidupan sangat baik dan tenang. Saya memang gembira.

“Saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua orang di luar sana yang sering memuji saya.

Alhamdulillah, terima kasih kepada suami saya yang banyak menjaga saya. Saya terhutang budi kepada dia,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai fasa awal perkahwinan mereka, pelakon filem Kuliah Cinta itu menyifatkan masih banyak perkara yang sedang dipelajari untuk mengenali hati budi serta peribadi masing-masing dengan lebih mendalam.

“Banyak perkara sebelum dan selepas berkahwin. Perkahwinan kami pula masih baharu dan kami masih belajar banyak tentang peribadi masing-masing.

“Saya tidak sabar untuk menempuh perjalanan seumur hidup bagi mengenali dirinya dengan lebih dekat setiap hari,” jelasnya.

Pada 26 September lalu, Zahnita sah bergelar isteri kepada Farouk dengan sekali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Terdahulu Zahnita pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok