Semangat ‘The Melvins’ dah bagus, tetap netizen kecam

KECOH betul minggu ini dengan pelbagai cerita tetapi antara yang panas ialah perbalahan antara Syida Melvin dengan bekas suaminya, Syafiq Azim yang berebut sebuah kediaman di Shah Alam. 

Diva sendiri pun tak berani nak cakap itu rumah siapa tetapi kemelut antara mereka memang lain macam perginya sehingga siaran langsung pun cecah 100,000 tontonan.

Dalam kemelut yang berlaku, pa­ling mencuri perhatian pastinya gelagat tiga lagi adik-beradik Syida iaitu Syatilla Melvin, Syifa Melvin dan Melveena Melvin yang sentiasa berada di samping Syida memberi semangat dan sokongan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, dalam masa sama ramai juga yang melemparkan kata-kata negatif yang mendakwa mereka banyak sangat campur tangan urusan rumah tangga Syida.  Alahai itu pun nak dijadikan isu, sabar ya semua. Nama pun adik-beradik, pastilah kena saling menyokong.

DIVA: Lain macam fanatik peminat bintang filem Kudrat 1968 ya. Terjerit-jerit macam kena histeria. Gila.



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok