USAHAWAN dan pempengaruh popular, Anas Zahrin terus ampuh mengukuhkan jenama kebanggaannya, ANAS Cosmetics sejak hampir sedekad itu.
Malah jenama diusahakan anak jati Kota Tinggi, Johor sejak tahun 2017 itu saban tahun mengecap kejayaan manis dan pencapaian membanggakan termasuk di platform dalam talian e- dagang seperti TikTok dan Shopee.
Tahun ini, jenama berkenaan terbang tinggi lagi apabila disenaraikan masih kebal sebagai TikTok Shop di tangga nombor satu di Malaysia menewaskan jenama tempatan lain dengan jualan hampir 12 juta unit.
Ia dinyatakan dalam laporan platform dalam talian, Echotik Blog bertarikh 8 Julai lalu yang berkongsi data, berita, tips, strategi untuk platform TikTok dan penjanaan kewangan (monetization).

Menurut laporan Echotik Blog itu, rata-rata produk kosmetik dan kecantikan masih menjadi pilihan ramai di platform TikTok seluruh dunia, termasuklah jenama Medicube dan Unilever di pasaran negara lain.
“Setiap hari saya tak pernah putus doa mengharapkan perjalanan perniagaan kosmetik dan penjagaan peribadi saya terus memberi manfaat ramai. Ternyata, di sebalik keadaan ekonomi tidak menentu dan persaingan jualan banyak produk di TikTok, barangan kosmetik keluaran saya masih menjadi pilihan ramai.
Menjadi yang pertama di TikTok Shop itu juga buka tiket untuk saya mendabik dada. Sebaliknya pencapaian itu menjadi kayu pengukur bahawa memang ada produk keluaran tempatan atau bumiputera yang boleh diterima ramai.
“Kita boleh bangga dengan produk keluaran anak tempatan. Jika jenama terkenal luar negara boleh, Kita juga boleh ikut jejak sama atau lebih baik daripada mereka,” katanya yang berangkat ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah hari ini.
Tidak terhenti di situ, jenama berkenaan April lalu turut unggul dalam tiga kategori di TikTok Shop 2026 bagi kategori Top 1 Pencipta Kandungan, Top 1 Penjual Tempatan, Top 3 Penjual masing – masing untuk skop kecantikan, kesihatan dan penjagaan peribadi di Malaysia. – HIBGLAM

