TIDAK dapat dinafikan, Gegar Vaganza Fantasia atau GV Fantasia mendapat perhatian ramai penonton tahun ini semuanya gara-gara pesertanya yang melibatkan juara-juara Akademi Fantasia (AF).
Ramai terimbau semula kenangan sewaktu menonton program realiti nombor satu negara itu sejak mula bersiaran pada 2003.
Namun keghairahan penonton mula terganggu dek pelbagai kejutan yang dirancang untuk musim kali ini.
Sudah ada yang bersuara dalam Threads tentang betapa rimas mereka dengan terlalu banyak elemen kejutan sehingga keseluruhan program menjadi serabut. Nak tengok pun hilang mood. Simpanlah sikit kejutan untuk minggu depan pula.
Selepas mengumumkan terdapat empat ‘hot seats’ untuk diisi, kini Astro mengumumkan pula 25 calon daripada finalis AF setiap musim yang boleh diundi penonton untuk diserap masuk.
Agaknya apa lagi kejutan yang dirancang pihak produksi? Semoga kejutan tidak memakan diri. Penonton sekarang sudah bijak. Bukan lagi seperti zaman Akademi Fantasia dulu.
DIVA: Siapa agaknya yang akan mengisi empat kerusi panas GV Fantasia. Hmm.

