79 tahun, Arnold masih jadi ‘mesin’ kecergasan

AKTOR, Arnold Schwarzenegger memilih meraikan ulang tahun kelahiran ke-79 dengan cara cukup luar biasa apabila

berbanding menerima hadiah sempena hari istimewanya.

Pelakon yang juga bekas Gabenor California itu berkata, hadiah terbaik buat dirinya adalah melihat lebih ramai orang menjadikan senaman sebagai rutin harian, selain berazam mengubah industri kecergasan menerusi aplikasi Pump Club.

Saya berusia 79 tahun hari ini. Saya tidak mahukan sebarang hadiah. Sebaliknya, saya dan pasukan mahu mengubah industri kecergasan,” katanya menerusi hantaran dalam IG sambil berkongsi gambar sedang menjalani latihan di gimnasium.

Bintang filem Terminator itu turut menawarkan promosi khas kepada pengguna baharu aplikasi itu dengan tempoh percubaan percuma selama tujuh hari sehingga 9 Ogos.

Malah, dia berjanji memulangkan semula yuran langganan tahunan sebanyak AS$100 (RM410) kepada pengguna yang berjaya menamatkan empat program kecergasan dalam aplikasi berkenaan.

Tiada syarat tersembunyi. Datang, lakukan latihan dan tahun pertama anda akan menjadi percuma. Semua kos ini saya tanggung sendiri, bukannya dibiayai pelabur atau syarikat pelaburan,” jelasnya.

Menurut Schwarzenegger, hampir enam dekad hidupnya dihabiskan untuk menggalakkan masyarakat mengutamakan kesihatan melalui senaman dan dia sanggup menanggung kerugian demi memastikan lebih ramai orang kekal aktif sepanjang tahun.

Dia bakal muncul sebagai Santa Claus dalam filem The Man with the Bag selain dilaporkan akan kembali aktif berlakon. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok