Amboi Ayden, Ara bersenam kalah orang dewasa

KALAU bercakap mengenai Bella Astillah dan bakal suaminya, Syed Saddiq atau lebih dikenali sebagai BASS memang tidak akan berkesudahan.

Namun, baru-baru ini perhatian sedikit teralih kepada gelagat dua anak Bella iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang ligat melakukan senaman di rumah.

Momen lucu tersebut dimuat naik ibu saudaranya yang juga pelakon, Didi Astillah dalam satu hantaran Threads baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi, Ayden dilihat berlari di atas ‘threadmill’ sementara Ara pula melakukan ‘plank’ menggunakan alat senaman khas.

Perkongsian tersebut meraih ratusan komen yang rata-rata netizen kagum dengan semangat kesukanan bakal anak tiri Syed Saddiq itu.

“Rasa tengah tengok BASS versi junior. Kecil-kecil pun sudah jaga kesihatan.

“Comel betul dua-dua bersenam, ini mesti sebab Bella dan Syed Saddiq selalu tunjuk gaya hidup sihat,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok