ALAHAI, kalau Diva boleh senaraikan penyanyi wanita yang paling banyak orang perkatakan tahun ini, mungkin Aisha Retno jawapan paling tepat.
Sebelum ini dia pernah kena kecam dengan netizen Indonesia disebabkan lagu Rollerblade tetapi sekarang netizen negara sendiri pula lakukan hal sama.
Bukanlah tentang lagu tersebut tetapi kali ini kerana bertutur dalam bahasa Indonesia dalam sebuah video.
“Tertengok satu video tapi ‘rengsa’ bila Aisha tak habis-habis nak berbahasa Indonesia.
“Faham dia ada darah Indonesia tetapi kenapa sibuk nak bertutur bahasa negara itu.
“Bila buat lagu pandai pula sebut bahasa Melayu,” tulis individu tersebut.
Dalam ruangan komen ada juga suarakan isu sama tetapi Aisha tak berdiam diri dan membalas hantaran tersebut dengan videonya bertutur bahasa Inggeris pula.
Malah dia juga beritahu akan banyak bercakap bahasa Melayu dalam program Big Stage.
Padu Aisha balas, mungkin mereka yang kecam itu jarang tengok program lain melibatkan Aisha. Sabarlah ya.
DIVA: Kasihan Adira, bekas suami keluarkan kenyataan, dia pula kena menjawab.
