Netizen cop Neelofa muflis akhirat?

USAHAWAN dan selebriti Neelofa sekali lagi menjadi bualan apabila mengumumkan bakal melancarkan semula produk susu pisang miliknya.

Seperti dijangka, berita tersebut menerima pelbagai reaksi. Selain ucapan tahniah daripada peminat setia, muncul juga suara-suara sinis melabel isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu sebagai ‘muflis di Padang Mahsyar’.

“Neelofa tahu tak maksud orang muflis di Padang Mahsyar? Orang menyangka pahala mereka banyak, tetapi ada juga dosa kepada manusia lain kerana pernah menzalimi mereka,” tulis seorang netizen.

Diva cuba menyelidik punca kemarahan tersebut. Rupa-rupanya masih ada individu mendakwa pernah menjadi ejen perniagaan Neelofa dan berasa kecewa dengan pengalaman dilalui.

Apa benar atau tidak, biarlah pihak terlibat menyelesaikannya. Pada Diva, menjadi ejen juga satu pilihan dan setiap urusan perniagaan mempunyai risiko tersendiri.

Apa pun, Diva tetap mengagumi semangat Neelofa. Sudah berada di puncak kejayaan, masih ligat perah idea mengembangkan empayar perniagaan tanpa mengenal erti penat.

DIVA: Belum sempat merasa nasi ayam Mak Lofa berharga RM26 sebekas, mesti rasa premium dan ‘kayangan’.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok