Ucapkan ‘Compai!’ menerusi koleksi minuman edisi terhad Minions

JENAMA minuman terkenal, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn. Bhd. (Yeo’s), menjalin kerjasama bersama Universal Products & Experiences menerusi pelancaran koleksi minuman edisi terhad yang diinspirasikan daripada filem terbaharu Illumination, Minions & Monsters.

Mengangkat tema “Bello, A Joyous Toast. Compai!”, kolaborasi istimewa ini menyuntik keceriaan dan keletah ikonik Minions ke dalam setiap detik menikmati minuman Yeo’s.

Lebih daripada sekadar pembungkusan baharu, koleksi ini meraikan nilai persahabatan, kebersamaan dan kegembiraan menerusi laungan ikonik “Compai!” yang sinonim dengan dunia Minions.

Edisi terhad ini menampilkan empat pilihan minuman kegemaran ramai iaitu Teh Krisantemum, Susu Soya, Laici dan Susu Soya Super Sprouts, masing-masing dihiasi rekaan eksklusif yang menampilkan karakter Minions dengan pelbagai ekspresi mencuit hati.

Bukan sahaja menyasarkan peminat setia Minions, koleksi ini turut direka untuk menarik perhatian pengumpul dan generasi baharu yang ingin memiliki pembungkusan eksklusif sambil menikmati kesegaran minuman Yeo’s bersama keluarga serta rakan-rakan.

Di Yeo’s, kami sentiasa mencari pendekatan baharu untuk mendekati pengguna menerusi pengalaman yang dekat dengan hati mereka,” kata Yvonne Lam, Pengurus Kanan Pemasaran, Yeo’s Malaysia.

“Kolaborasi Yeo’s x Minions meraikan kegembiraan, nostalgia dan semangat kebersamaan. Dengan membawakan salah satu karakter paling ikonik dunia ke dalam rangkaian minuman kami, kami berharap dapat mencipta detik yang lebih bermakna buat seisi keluarga, mengujakan para pengumpul koleksi dan menjadikan setiap pengalaman menikmati Yeo’s lebih istimewa. Inilah komitmen kami untuk terus berinovasi sambil kekal relevan dengan gaya hidup rakyat Malaysia.”

Kempen ini dimulakan menerusi penyertaan Yeo’s Malaysia pada tayangan perdana Minions & Monsters di TRX Aurum Theatre. Pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati minuman Yeo’s, malah turut disajikan pelbagai aktiviti interaktif dan pengalaman bertemakan Minions sempena pelancaran koleksi eksklusif tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, lokasi jelajah dan peraduan terkini, ikuti saluran media sosial rasmi Yeo’s Malaysia. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok