Tiada istilah dapur hanya untuk perempuan – Shaza Bae

SEJUJURNYA Diva tidak menyangka perkongsian ringkas pelakon Shaza Bae tentang kehidupan keluarga mampu mencetuskan gelombang kontroversi.

Dalam kenyataan tersebut, Shaza berkongsi pengalaman membesar dalam suasana tanpa diskriminasi jantina, lelaki dan perempuan sama-sama ke dapur belajar memasak sejak kecil.

Saya membesar dalam rumah di mana lelaki dan perempuan sama-sama ke dapur. Sejak umur enam tahun sudah mula membantu. Tiada istilah dapur hanya untuk perempuan,” katanya.

Namun, niat baik itu bertukar menjadi peluru kritikan. Ada melabelnya ‘terpaling’, menuduhnya cuba meraih perhatian, malah kisah lama turut dikorek kembali seolah-olah menambah bara dalam api.

Kata mereka, tidak semua keluarga memiliki acuan sama, jadi tidak wajar kenyataan tersebut digeneralisasikan.

Diva hanya mampu tepuk dahi, niat berkongsi pengalaman disalah tafsir menjadi perdebatan tidak berkesudahan.

Hakikatnya, setiap orang membawa latar berbeza. Harap Shaza terus kental, tidak mudah goyah dengan suara sumbang.

DIVA: Ramai netizen mendakwa Ernie Zakri seperti hilang arah dalam karier, tak baik tau! Perjalanan seni bukan perlumbaan singkat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok