Makin cengkung, apa dah jadi Nonny Nadirah?

NAMA Nonny Nadirah kembali menghuni bibir netizen apabila beberapa video tular memaparkan keadaan terkininya.

Wajah semakin cengkung, tubuh susut hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya. Dalam sekelip mata, laman sosial bertukar menjadi ruang kebimbangan, dipenuhi persoalan dan simpati daripada orang ramai.

“Tetiba lalu video macam kenal, ini Nonny Nadirah ke? Betul ke aku tak silap orang? Kenapa sampai macam ni?” tulis seorang netizen.

Ada mengakui hampir tidak mengenali pelakon tersebut, tidak kurang juga meluahkan rasa sedih melihat perubahan ketara.

Namun di sebalik semua itu, masih wujud sinar kemanusiaan apabila ramai menyokong melalui siaran langsung TikTok, memberi ‘gift’ sebagai tanda membantu.

Diva benar-benar tersentuh melihat sifat pemurah rakyat Malaysia. Nonny bukan calang-calang bakat, cuma perjalanan hidup kadang berliku. Moga dia terus kuat, bangkit perlahan-lahan dan menemukan kembali sinar gemilang.

DIVA: Dunia dilanda pelbagai krisis, tapi artis tetap ligat melancong, rezeki masing-masing kan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok