Mila Mohsin pewaris ‘magis’ Puteri Retno Gumilah

MENYAMBUNG legasi, anak kepada Puan Seri Tiara Jacquelina, Mila Mohsin merupakan seorang lagi penggalas watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah dalam Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).

Pengumuman tersebut dikongsikan produksi menerusi Instagram rasmi teater berkenaan dengan menyatakan figura yang bakal membawakan karakter ikonik tersebut cukup dekat dengan naskhah hebat itu.

“Hari ini perkenalkan salah seorang puteri kami. Seseorang yang membesar dalam dunia Puteri Gunung Ledang (PGL), menyaksikan sendiri muzik, pengorbanan, kerinduan dan magisnya jauh sebelum melangkah masuk ke dalam kisah ini sebagai watak utama.

mila moMomen ini bukan sekadar memilih generasi baharu. Ia adalah berkisar legasi dan pertalian darah serta kesinambungan sebuah dunia yang sudah hidup dalam hati penonton lebih dua dekad.

“Untuk musim baharu PGL kali ini, kami tahu jika legenda ini mahu terus bernyawa melangkaui generasi, ia memerlukan jiwa-jiwa baharu yang bersedia membawa semangatnya ke masa depan,” tulis kenyataan tersebut.

Mila atau nama lengkapnya Hani Karmila Hani Mohsin, 29, adalah anak hasil perkahwinan Tiara dengan pelakon, Allahyarham Hani Mohsin.

Mula menceburi arena lakonan seawal usia 20 tahun, pelakon filem Laknat itu juga merupakan bekas atlet dan jurulatih seni mempertahankan diri Jiu Jitsu.

Sebelum ini, ibunya Tiara memegang watak Puteri Gunung Ledang untuk semua siri pementasan bermula dari tahun 2006 hingga 2009.

PGLM adalah pementasan muzikal epik Malaysia yang diadaptasi daripada filem ikonik PGL terbitan tahun 2004.

Muzikal ini mula dipentaskan di Istana Budaya pada 2006 dan diterbitkan syarikat milik Tiara, Enfiniti Productions.

Antara pembaruan yang diketengahkan dalam pementasan tahu ini adalah memperkenalkan dua pelakon bagi watak Puteri, begitu juga dengan watak orang kepercayaan puteri iaitu Bayan.

Terdahulu, penyanyi dan komposer, Aisha Retno diumum sebagai salah seorang pelakon utama bagi watak Gusti Putri, manakala Mimi Fly dan Nadia Aqilah sebagai Bayan.

Luqman Hafidz pula diamanahkan membawa watak Sultan Melaka dan Yusuf Hashim pula tampil sebagai Gusti Adipati. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok