Jangkitan pernafasan, Lady Gaga batal konsert

DIVA pop dunia, Lady Gaga terpaksa membatalkan konsertnya di Bell Centre Montreal, Kanada secara mengejut susulan masalah kesihatan.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi berusia 40 tahun itu memaklumkan dirinya mengalami jangkitan pernafasan yang semakin teruk sejak beberapa hari lalu yang tidak mengizinkannya memberikan persembahan terbaik.

Doktor menyarankan agar saya tidak membuat persembahan buat masa ini dan sejujurnya saya rasa tidak mampu memberikan kualiti yang sepatutnya anda semua terima,” katanya.

Konsert yang dibatalkan itu merupakan persembahan ketiga dan terakhir dalam siri jelajah Mayhem Ball Tour di Montreal.

Sebelum ini, pelantun lagu Bad Romance itu menjayakan dua konsert awal yang berlangsung pada 2 dan 3 April lalu.

Pada masa sama, Gaga turut memohon maaf kepada peminat yang membeli tiket dan menantikan persembahannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok