Biar betul, wanita berpurdah Nur Nilam Ortiz?

KEMELUT dalam rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan isterinya Nur Nilam Ortiz masuk episod baharu apabila seorang wanita berniqab tampil dalam media sosial.

Dakwa bakal isteri kedua aktor terbabit, dia muncul bagi membersihkan nama selepas berdepan kecaman netizen gara-gara kenyataan dibuat Nur Nilam.

Begitupun, bukan hal tuduh menuduh yang Diva nak sentuh, sebaliknya persoalan dikuis netizen apabila segelintir menebak wanita berpurdah itu adalah Nur Nilam.

Kiranya netizen mendakwa pempengaruh tersebut menyamar sebagai bakal madunya sendiri walaupun dinafikan wanita berkenaan berulang kali

Begitu pun, sebahagian pengikut laman sosial pula menolak andaian itu dan mengesahkan wanita berpurdah tersebut merupakan individu lain. Tengok matanya dah tahu.

Eh, peninglah Diva nak buat perbandingan siapa salah, siapa betul sebab memang susah nak teka. Dah macam pertandingan teka gambar pula. Apa pun harap pertelingkahan tiga serangkai itu dapat diselesaikan secara tertutup. Bukan apa, nanti takut kita pula dapat dosa kering.

Diva: Benarkah Hael dan Dayang Nurfaizah tengah prepare nak naik pelamin?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok