Saya reda segala aturan-Nya, pasti ada hikmah – Amyra Rosli

PELAKON dan pengacara Amyra Rosli hanya mampu berlapang dada dan reda apabila suaminya, Amar Baharin memutuskan untuk melakukan misi kembara berbasikal ke Mekah selama tiga bulan.

Tidak mempunyai jawapan terperinci mengenai perkara tersebut, Amyra, 34, hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

“Kenapa Amar pergi tinggal isteri dan anak-anak2? Kenapa Amyra izinkan? Kenapa Amar tak naik kapal terbang sahaja? Kenapa Amyra tak ikut sekali?

Sebenarnya saya tiada jawapan untuk semua ini. Allah lebih mengetahui,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Pengacara Nona itu juga ikhlas mengizinkan suaminya terlibat dengan misi kembara tersebut selain berharap perjalanan Amar sentiasa dilindungi Tuhan.

Saya reda dan ikhlas dengan segala aturan-NYA.

“Insya-Allah pasti ada hikmah yang menanti,” ujarnya.

Difahamkan, Amar kini berada Thailand selepas memulakan misi kayuhan sejak tiga hari lalu.

Sebelum ini, Amyra atau nama penuhnya Nur Izzati Amira Rosli mengakui berat hati menerima keputusan suaminya menyertai kembara berbasikal dari Kuala Lumpur ke Tanah Suci, iaitu #JourneyToTanahHaram.

Namun, dia tetap berusaha menerima dengan hati terbuka keputusan Amar yang melakukan misi bersama pendaki negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok