TIADA siapa boleh sangkal kecantikan dimiliki Nora Danish.
Walaupun umur sudah mencecah 43 tahun, masih nampak macam anak dara!
Itu pujian yang membanjiri ruangan komen hantaran media sosial Nora. Semakin berusia semakin cantik pula Diva tengok.
Paling mencuri perhatian baru-baru ini video dia melakukan trend TikTok bersama anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli.
Kata netizen, tak macam ibu dan anak tetapi persis kakak sedang berseronok dengan adik lelaki.
Bila agaknya Nora nak tua? Anak dia sedar tak mak dia adalah Nora Danish?
“Bagus Nora, buat trend TikToK tapi tak ‘over’ atau gedik-gedik,” coret netizen.
Itulah, Diva pun okey saja kalau Nora nak buat trend apa pun, asalkan tak berlebih-lebihan.
DIVA: Iyalah ada je artis bertudung tapi terkinja-kinja depan kamera. Menyampah!