Noorkhiriah terkejut terima hadiah kain kafan daripada suami

PELAKON Noorkhiriah terkejut menerima hadiah set kain kafan daripada suami sempena hari jadinya yang ke-47 hari ini.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Nookhiriah Ahmad Shapie menerima dengan hati terbuka hadiah yang diikat dengan reben berwarna merah itu.

“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang.

“Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.

Siap dengan riben. Saya terima,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Seribu Tahun itu menganggap hadiah tersebut sebagai tanda memperingat hari kematian.

“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa.

“Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur.

Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelasnya.

Pada 2011, Noorkhiriah mula memakai tudung dan perlahan-lahan menukar kepada imej Muslimah.

Sekitar tahun 2016, Khiriah pernah meluahkan hasrat untuk berhenti berlakon dan perkara tersebut dikongsi menerusi satu video media sosial.

Bagaimanapun Khiriah dilihat kembali aktif dalam dunia seni selepas menerima banyak tawaran sehingga hari ini.

Dia juga mengusahakan van jenazah percuma kepada golongan yang memerlukan menerusi Pertubuhan Amal Nur by Noorkhiriah.

Malah, dia memaklumkan bahawa kerja-kerja amal yang dilakukan bertujuan untuk menjadikan dirinya terus istiqomah serta membuatkannya terus mengingati tentang kematian.

Sekadar info, Noorkhiriah yang mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 18 tahun lalu dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Hudhaifah, 15; Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok