451
BERKONGSI detik istimewa, usahawan selebriti Neelofa sebak selepas abang iparnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd. Ismail dan penyanyi Aisyah Aziz selamat bergelar suami isteri.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor memuat naik video memaparkan suasana majlis pernikahan pasangan terbabit di sebuah masjid di Singapura, kelmarin.
Dalam klip tersebut, Aisyah dilihat gagal menahan tangis ketika bersalaman dengan keluarganya selepas diijabkabul, sekali gus mengundang sayu Neelofa yang turut menitiskan air mata.