Instagram kena serang, Memey kembali dilabel penyondol

AKAUN Instagram pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza diserang netizen susulan pendedahan Abby Abadi tentang kisah hidupnya sejak bercerai dengan Norman Hakim 17 tahun lalu.

Lebih mengejutkan, netizen dilihat kembali melabel Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimj, 37, sebagai penyondol.

Memey juga dikatakan tidak sensitif dengan isu membabitkan Abby, anak tirinya dan Norman apabila aktif memuat naik video mempromosikan produk jenamanya

Macam tak ambil peduli isu yang sedang melanda keluarga sebelah sana. Asyik ‘update’ media sosial saja macam tak ada apa-apa yang berlaku. Entah la.

Tunjuklah bahagia, gembira macam mana sekalipun, tetaplah penyondol,” komen netizen.

Netizen juga meminta agar Memey menasihati Norman agar tidak melepaskan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak tirinya.

Sis nasihatlah Norman supaya bagi nafkah kepada anak-anak Abby. Tanggungjawab bapa, jangan lepas tangan,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Abby mendedahkan Norman tidak memberikan nafkah dan perhatian yang mencukupi untuk anak-anak mereka sejak bercerai.

Abby turut meluahkan rasa kesal apabila bekas suaminya itu mampu membeli kereta mewah tetapi membiarkan anak sendiri berhutang selama sembilan tahun untuk membayar ansuran kereta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok