Pakai reben, Risteena Munim dituduh tiru Bella Astillah

SUDAH lama Diva tidak dengar khabar terkini si cantik Risteena Munim. Dia pun makin jarang berlakon, mungkin fokus bisnes.

Namun, baru-baru ini nama Risteena menjadi bualan netizen dalam media sosial selepas dia memuat naik sebuah video.

Pada awalnya Diva pelik apa yang membuatkan netizen bising dalam ruangan komen, rupa-rupanya sebab dia memakai klip rambut bentuk reben.

Gaya tersebut mencetuskan perbalahan netizen kerana mendakwa Risteena cuba meniru gaya Bella Astillah.

Terkejut juga Diva, sebab reben pun peminat boleh bergaduh sehingga Risteena terpaksa menutup ruangan komen TikTok.

“Reben lama saya pakai, tiada istilah siapa tiru siapa okey.

“Semua orang boleh pakai apa mereka mahu. Jangan pening fikir, jom fokus 10 malam terakhir Ramadan,” katanya.

Alahai tentang reben pun peminat nak bertelagah. Bukannya ada mana-mana pihak yang failkan hak cipta.

Peminat pun, jangan terlalu taksub sampaikan semua benda nak ‘claim’ jadi hak milik.

DIVA: Kalau bercinta, mengaku sahajalah. Penatlah main teka-teki.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok