PELAKON Celine Evangelista tampil menafikan dakwaan memeluk Islam semata-mata demi lelaki yang dicintai.
Sebaliknya, anak kelahiran Itali itu sendiri terbuka hati untuk mendalami ilmu agama dan menjadi umat Rasulullah SAW.
Saya memeluk Islam bukan kerana keluarga atau sebab mahu bernikah dengan lelaki Islam. Saya sendiri pilih kerana hati tergerak untuk mengenali dan mempelajari dan menjadi umat Nabi Muhammad SAW.
“Allah memberi ujian pada hamba yang dia sayangi tetapi Allah beri agamanya hanya kepada hamba yang dia cintai. Mempelajari dan mendalami agama yang diberikan Allah sangat luar biasa bagi hidup saya.
Insya-Allah saya akan mengubah keperibadian saya ke arah lebih baik. Hidayah ini datang tanpa ada alasan dan tulus dari hati,” katanya.
Isteri kepada Stefan Willlia itu juga enggan terburu-buru mendedahkan berita memeluk Islam sebelum ini supaya tiada pengaruh negatif yang mengganggu kehidupannya.
Saya baru umumkan (memeluk Islam) kerana memilih untuk mendalami dan mempelajari terlebih dahulu tanpa ada pengaruh luar yang mempengaruhi saya.
“Saya ingin semua yang dilakukan benar-benar dari hati yang tulus,” dedahnya. – HIBGLAM