SUAMI kepada penyanyI Zehra Zamri yang dikenali sebagai Nur Mohd Iqwan akhirnya bersuara selepas lebih seminggu isu rumah tangga mereka diperkatakan.
Menerusi hantaran dalam Instagram, Iqwan memaklumkan bahawa dia telah membaca artikel yang dipercayai mengenai kisah rumah tangganya.
“Saya sudah baca artikel tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya khabar. Alhamdulillah saya tenang dan sihat atas kehendak-Nya jua.
Sudah saya tegaskan seusai minggu pertama, kisah lama jangan dicanang merata. Biarkan bakat sahaja berbicara,” tulisnya dalam InstaStory.
Tambah Iqwan yang merupakan kakitangan di RTM itu lagi, dia turut tertanya-tanya adakah perkara lain yang tidak diketahuinya.
Ada perkara lainkah yang saya tidak tahu? Jika ada, saya berhak tahu,” tegasnya.
TANGKAP layar kenyataan yang disuarakan .. mengenai
Terdahulu netizen mula mempersoalkan tentang isu pergolakan rumah tangga Zehra selepas suaminya dilihat telah memadam gambarnya dalam Instagram dan tidak lagi menemaninya ke konsert Gegar Vaganza musim ke-11.
Menurut Zehra, suaminya tidak suka terdedah dengan dunia glamor dan enggan dikenali sebagai pasangan selebriti. Disebabkan itu, dia mengambil pendekatan memadam gambar Zehra dalam media sosial.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun. – HIBGLAM