Deejay Kid tayang foto Emma Maembong, anak

SEMAKIN terbuka, deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd mengundang perhatian ramai apabila memuat naik foto dalam Instagram memaparkan pelakon Emma Maembong berdiri sebelahnya.

Bukan hanya berdua, sebaliknya terdapat dua lagi individu yang difahamkan rakan baik mereka turut ada dalam foto tersebut.

Tanpa sebarang kapsyen, DJ Kidd hanya menyatakan rasa sayangnya kepada ketiga-tiga individu dalam foto tersebut termasuk Emma.

Love you guys (sayang awak semua),” katanya ringkas.

Tidak terhenti di situ, DJ Kidd terus menjadi tumpuan ramai apabila memuat naik video mendukung seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak bongsu Emma, Shakil Aryan Shah.

Menerusi video tersebut, DJ Kidd dilihat mendukung Shakil ketika berada di sebuah zoo.

Pada Januari lalu, spekulasi keintiman Emma dengan DJ Kidd diperkatakan semula selepas lelaki terbabit secara terbuka mendedahkan perasaannya.

Lelaki terbabit memberitahu bahawa pemilik nama lengkap Fatimah Rohani Ismail, 32, itu kini berada di dalam hatinya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Malah, pasangan itu didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan beberapa gambar yang tular dalam media sosial.

Emma dan Shazli sebelum ini merahsiakan tarikh sebenar perceraian mereka, namun mengumumkan perpisahan pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok