HAMPIR setiap minggu pasti ada sahaja cerita tentang Ruhainies yang singgah di telinga Diva.
Terbaharu, katanya Ruhainies dan Aliff Aziz saling berbalas komen dalam Instagram.
Hasil pemerhatian Diva, terjumpa perbualan mereka dalam satu hantaran Instagram.
Dalam perbualan tersebut, Aliff meninggalkan komen berbaur pujian manis selepas Ruhainies berkongsi video rutin penjagaan wajah.
“Lindungi kulit anda, bersinar bak matahari. Awak maksudkan awak sendiri?” katanya.
Tidak terhenti di situ, mereka saling berbalas komen dan paling Diva terhibur apabila Aliff menggelar Ruhainies sebagai ‘my sunflower seeds kuaci’.
Alahai comel, sementara netizen pun tidak berhenti memuji Ruhainies yang dikatakan semakin hari semakin cantik!
Mungkin sebab bahagia dan wajah pun makin berseri.
Diva: Bulan ini akan bersambung perbicaraan kes khalwat mereka di mahkamah. Harap selesai segera.