PENYANYI terkenal, Shawn Mendes, 26, dilihat telah hadir solat Jumaat di sebuah Pusat Islam Universiti New York, Amerika Syarikat.
Gambar penyanyi yang berasal dari Kanada itu tular dalam media sosial selepas peminatnya memuat naik foto ‘selfie’ bersama.
Shawn dikatakan telah menemani rakannya iaitu penyanyi Mustafa Ahmed ke pusat islamik itu untuk menunaikan solat Jumaat.
Menerusi hantaran dalam X, netizen mendedahkan penyanyi yang terkenal dengan lagu There’s Nothing Holding Me Back itu turut sama mendengar khutbah Jumaat sehingga habis.
“Shawn memang ada bersama-sama mendengar khutbah Jumaat sehingga habis. Kalian tidak tahu betapa berertinya momen ini kepada saya,” tulis netizen yang merupakan peminat Shawn.
Turut dikongsikan gambar Shawn sedang berdiri dalam kalangan jemaah yang menghadiri solat Jumaat tersebut.