Nak pura-pura pengsan, didukung Nadhir Nasar

BARU-BARU ini tular video memaparkan seorang kanak-kanak yang juga peminat cilik terbaring merajuk di atas jalan kerana terpaksa menunggu lama untuk bertemu aktor kesayangannya, Nadhir Nasar.

Insiden lucu yang berlaku pada sebuah acara di Putrajaya itu membuatkan ramai tidak kering gusi dengan gelagat si comel bernama Arash tersebut.

Melihat peminat cilik itu terbaring, Nadhir segera menuju ke arahnya dan berusaha memujuk untuk bergambar bersama. 

Tewas dengan pujukan, kanak-kanak tersebut akhirnya ‘lembut hati’ dan mahu didukung Nadhir.

Cemburu melihat layanan istimewa diterima kanak-kanak itu, ramai pula wanita berseloroh mahu didukung Nadhir. 

“Adik tepi sikit biar akak pula yang pura-pura nak pengsan.

“Kalau adik tak nak didukung, tidak mengapa sebab akak sanggup.

“Untung kau dik, Nadhir tawar nak dukung,” demikian antara usikan peminat setia Nadhir.  

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok