Penyanyi kesayangan Indonesia, Mahalini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Mahalini atau nama sebenarnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, mengumumkan berita gembira itu menerusi hantaran dalam media sosial yang memaparkan ‘baby bump’ beserta kapsyen penuh makna.
“Little star in my belly,” tulisnya ringkas.
Dalam foto berkenaan, suaminya, Rizky Febian, turut kelihatan memegang perut Mahalini dengan wajah penuh kasih.
Menerusi ruangan komen, Rizky turut memohon doa daripada peminat agar kesihatan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa terpelihara.
“Untuk semua, mohon doakan isteri saya ya,” katanya.
Spekulasi tentang kehamilan pelantun lagu Sial itu mula timbul dua bulan lalu selepas dia dilihat beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital.
Perkara itu semakin menjadi perhatian apabila dia mengumumkan mahu berehat daripada aktiviti seni sepanjang tahun 2025.
Pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 dalam sebuah majlis di Hotel Raffles, Jakarta.
Mereka kemudian menikah semula pada 27 Disember tahun sama selepas perkahwinan mereka didapati tidak memenuhi syarat rukun nikah mengikut hukum Islam.
Kini, dengan pengesahan kehamilan tersebut, pasangan terbabit menerima limpahan ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan-rakan industri hiburan. – HIBGLAM