Kebangkitan anak-anak Gen Z bintang Bollywood

DUNIA perfileman Bollywood sememangnya terkenal dengan menampilkan pelakon-pelakon nepotisme dalam kalangan anak pelakon, pengarah dan saudara mara terdekat.

Malah, isu nepotisme atau bahasa mudahnya guna ‘cable’ hangat diperdebatkan di sana kerana situasi ini seolah-oleh ‘membunuh’ bakat sebenar yang ada di India. Pelakon yang merupakan anak artis terkenal sering diberi peluang berkali-kali membintangi filem biarpun tidak langsung mendapat sambutan.

Aktres Kangana Ranaut dilihat sering lantang bersuara tentang isu nepotisme dan menyelar Karan Johar yang sering menggunakan anak-anak pelakon Bollywood yang digelar sebagai ‘star kids’ dalam filem terbitannya.

Tahun ini, terdapat beberapa anak serta saudara pelakon terkenal Bollywood yang bakal melakukan debut mereka sebagai bintang filem.

Justeru, HibGlam menyenaraikan lima nama baharu yang berpotensi sebagai membina nama sebagai bintang.

Ibrahim Ali Khan

Anak teruna pelakon Saif Ali Khan dan Amrita Singh ini bakal melakukan debut dalam industri Bollywood menerusi filem pertamanya yang berjudul Sarzameen di samping aktres terkenal, Kajol. Jejaka kacak berusia 23 tahun itu pernah terlibat sebagai penolong pengarah kepada Karan Johar menerusi filem Rocky Aur Rani Ki Prem Kahani. Sebelum ini kakaknya iaitu Sara Ali Khan terlebih dahulu terlibat sebagai pelakon di Bollywood.

Rasha Tadhani

Mewarisi kejelitaan serta bakat lakonan ibunya iaitu Raveena Tandon, Rasha Tadhani bakal mengegarkan Bollywood tahun ini menerusi filem pertamanya, Azaad. Rasha sering mendapat perhatian media Bollywood kerana kejelitaannya dan dijangka akan memberi saingan hebat kepada heroin sedia ada.

Aaman Devgan

Jejaka kacak ini merupakan anak buah kepada pelakon terkenal, Ajay Devgan. Aaman bakal melakukan debutnya dalam industri Bollywood menerusi filem Azaad bersama anak gadis Raveena Tandon, Rasha Tadhani. Menariknya, Ajay merupakan bekas kekasih kepada Raveena dan kini anak dan anak buah mereka pula bergandingan bersama dalam filem pertama. Lebih menarik naskhah tersebut turut dibintangi Ajay.

Shanaya Kapoor

Anak kepada aktor Sanjay Kapoor ini debut dalam industri Bollywood sedikit lambat berbanding teman baiknya iaitu Ananya Panday dan Suhana Khan. Sepatutnya Shanaya mula berkarier pada 2022, tetapi filemnya dibatalkan sehingga dia trauma. Namun, 2025 menjadi sinar baharu buat gadis berusia 25 tahun itu apabila filem pertamanya Vrushabha akan ditayangkan.

Aaman Devgan

Jejaka kacak ini merupakan anak buah kepada pelakon terkenal, Ajay Devgan. Aaman bakal melakukan debutnya dalam industri Bollywood menerusi filem Azaad bersama anak gadis Raveena Tandon, Rasha Tadhani. Menariknya, Ajay merupakan bekas kekasih kepada Raveena dan kini anak dan anak buah mereka pula bergandingan bersama dalam filem pertama. Lebih menarik naskhah tersebut turut dibintangi Ajay.

Simar Bhatia

Simar Bhatia yang merupakan anak buah kepada pelakon terkenal, Akshay Kumar bakal debut dalam industri Bollywood menerusi filem Ikkis. Dalam filem tersebut Simar bakal bergandingan dengan Agastya Nanda yang merupakan cucu legenda terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan. Akshay sempat meluahkan rasa bangganya dalam Instagram apabila melihat anak buahnya terpampang dalam surat khabar sebagai bintang yang bakal menyinar di tahun 2025. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok