1
SEJAK kebelakangan ini, khalayak kerap dihidangkan dengan konten media sosial Diana Danielle bersama dua anaknya, Muhammad dan Aurora.
Pelbagai konten yang dihasilkan bersama dan terbaru ialah video TikTok memaparkan Diana berduet bersama Aurora menyanyikan sebuah lagu berbahasa Inggeris.
Kebanyakan netizen menyifatkan nyanyian Diana merdu sementara Aurora pula mempunyai bakat yang boleh digilap.
“Sedapnya suara Diana dan Aurora boleh sertai TTMM tahun depan.
“Comelnya gelagat dua beranak ini, macam adik-beradik pula,” usik pengikut akaun TikTok mereka. – HIBGLAM
