‘Adrian guru vokal saya, dia garang bila mengajar’

PELAKON Amyza Aznan bersyukur kerana anak keduanya, Adrian Adam banyak membantu melatih vokalnya setiap kali menjelang konsert mingguan Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26).

Amyza, 53, berkata, sokongan daripada anaknya yang kini diuji kanser tulang itu sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepadanya untuk memperbaiki mutu persembahan setiap minggu.

“Selain kelas Cikgu Shafi, Adrian pun guru vokal saya di rumah. Apa yang dia minta saya buat sama seperti Cikgu Shafi beritahu dalam kelas vokal ketika sesi latihan.

“Memang sama sebab saya tak pernah beritahu dia apa yang Cikgu Shafi ajar pun.

Jadi, sepanjang berada di rumah, dia bimbing tetapi Adrian sebenarnya sangat garang bila mengajar,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Katanya, usaha Adrian tersebut membuatkan dia lebih menitikberatkan aspek vokal memandangkan setiap persembahan memerlukan persediaan rapi.

Sekarang, dia pula yang ‘coaching’ saya. Sebelum menyanyi depan Cikgu Shafi, saya kena buat dulu depan Adrian.

“Sekarang saya banyak juga rujuk padanya, dia ibarat pengkritik nombor satu Amyza Aznan ketika ini,” katanya lagi.

Tambah Amyza, meski dimarahi oleh anak sendiri, dia berasakan perkara tersebut berbaloi kerana tidak perlu melabur untuk menghadiri kelas lain bagi memantapkan vokalnya.

“Tapi alhamdulillah, tak payahlah buang duit nak hadir ke kelas vokal lain sebab dia.

Semua yang dia ajar memang berbaloi. Paling lucu, dia hantar cara nak ‘warm up’ vokal, hasilnya saya kena buat ‘bubbling’ sepanjang dalam kereta sebab takut kena marah dengan anak sendiri,” ujarnya.

Selain Amyza, KES26 turut disertai sembilan lagi selebriti lain iaitu Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Datuk Jalaludin Hassan, Zila Bakarin, Mubarak Majid, Rashdan Baba, Fazlina Ahmad Daud, Kathy Azian dan Maria Tunku Sabri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok