‘Kahwin? Insya-Allah pada masa ditetapkan Allah’

INSYA-ALLAH pada masa yang ditetapkan.”

Demikian respons pempengaruh media sosial dan usahawan, Ameera Khan apabila diasak soalan mengenai perancangan menamatkan zaman bujang bersama kekasih hati yang juga pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

Kata Ameera, 25, dia sentiasa percaya dengan takdir yang sudah ditetapkan oleh Tuhan untuk dirinya.

“Sebab aturan dan perancangan Allah SWT sangat sempurna dan Dia ada perancang terbaik. Saya yakin pada-Nya.

Kita hanya mampu merancang, boleh suka dan cintakan sesuatu tapi Allah yang tentukan segala-galanya.

“Jadi, saya hanya tawakal pada Tuhan,” katanya ketika sesi siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu sempat berseloroh dirinya tidak boleh dibeli kerana sudah dimiliki seseorang.

“Beli pemerah pipi (blusher) dapat Ameera?

Beli blusher tak dapat Ameera sebab Ameera sudah ada orang punya,” selorohnya kepada netizen.

Terdahulu, Ameera dilihat semakin terbuka berkongsi hubungan cintanya dengan Jefri termasuk memuat naik foto menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya itu baru-baru ini.

Kisah percintaan mereka sering mendapat perhatian ramai kerana aktor itu dikatakan seorang kaki perempuan dan sering mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti pernah meniduri ramai wanita serta makan babi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok