SELEPAS mengejutkan ramai dengan pengakuan pernah meniduri lebih 20 wanita, aktor kacak Indonesia Jefri Nichol sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan pernah menjamah daging khinzir.
Akui pelakon berusia 25 tahun itu, pengambilan daging babi itu merupakan salah satu cara untuk menambah berat badan sebagai persediaan perlawanan tinju dengan pelakon dan penyanyi, El Rumi sebelum ini.
Saya perlu menambah berat badan sebanyak 10 kilogram supaya sama berat dengan El Rumi.
“Saya makan banyak daging dan ada juga daging babi,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan audio siar milik pengacara terkenal Indonesia, Vincent dan Desta baru-baru ini.
Bukan sahaja mengejutkan penonton, Desta yang tergamam dengan jawapan tersebut menganggap Jefri bukan seorang Muslim namun pelakon tersebut menafikannya dengan menjelaskan dia beragama Islam.
Saya Muslim,” ujarnya sebelum dinasihati agar tidak melakukan perkara sama lagi.
Pengakuan mengejutkan itu membuatkan ramai netizen berasa kurang senang dan menyifatkan aktor terbabit tidak menjaga nama baik Islam.
Sebelum ini, selain meniduri wanita, bintang filem Ali Topan itu mengakui bahagian tubuh wanita yang paling menarik perhatiannya adalah punggung.
Namanya hangat diperkatakan netizen Malaysia apabila didakwa menjalin hubungan istimewa dengan pempengaruh yang juga adik kepada selebriti Neelofa, Ameera Khan. – HIBGLAM