Tak bayar denda, rumah Psy disita

TIADA angin tiada ribut, nama penyanyi Psy meledak dalam media sosial apabila kediaman mewahnya disita berikutan gagal membayar denda pelanggaran kod bangunan ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Denda tersebut dikenakan terhadap lelaki berusia 46 tahun itu selepas gagal mendapatkan kebenaran secara rasmi daripada pihak berkuasa sebelum melakukan kerja ubah suai terhadap vila tersebut.

Psy didakwa menggabungkan unit vila dengan ruang pejabat yang terletak di kawasan berhampiran menjadi satu unit yang jelas melanggar undang-undang.

Pihak berkuasa sebelum ini meminta pelantun lagu Gangnam Style itu meruntuhkan kembali binaan yang dibuat kepada bentuk asal, namun Psy berdegil terhadap arahan dikeluarkan

Pada Mei lalu, kediaman tersebut disita susulan gagal membayar denda selama setahun.

Dia membeli vila mewah itu dengan harga RM7 juta di kawasan UN Village di Hannam-dong pada 2008.

Baru-baru ini, Psy membeli sebuah lagi banglo mewah di Itaewon yang dianggarkan bernilai RM31 juta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok