TINDAKAN kumpulan IVE mengirim sejambak bunga buat kanak-kanak yang meninggal dalam nahas tragis menyentuh hati ramai peminat.
Tindakan murni itu menyerlahkan sisi empati dan prihatin anggota kumpulan terbabit yang bukan sahaja bersinar di atas pentas tetapi berhati mulia.
“Bagusnya IVE, tidak lupa peminat dan benar-benar ambil berat, terharu melihat mereka begitu cakna sehingga sempat menghantar jambangan bunga sebagai tanda memperingati mendiang,” komen seorang peminat.
“Selayaknya bergelar idola! Nilai murni sebegitu sepatutnya dicontohi selebriti lain,” tulis netizen itu.
Ironinya, tindakan IVE itu menunjukkan bahawa mereka bukan sekadar idola tetapi membawa nilai-nilai kemanusiaan dalam dunia hiburan.
Menurut laporan media, peminat cilik berusia tujuh tahun itu dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian nahas jalan raya.