200
MESKIPUN sudah tujuh tahun Jong-hyun meninggal dunia, pelakon Shin Se-Kyung masih melawat kubur bekas kekasihnya dengan membawa bunga.
Menurut saksi, Se-Kyung tidak dapat menahan sebak dan menangis melihat potret mendiang Jong-hyun.
Difahamkan, dia juga berada di pusara ahli kumpulan SHinee itu selama dua jam seorang diri.
Rata-rata terharu melihat aktres itu yang masih mengingati Jong-hyun walaupun sudah berpisah disebabkan tekanan peminat. – HIBGLAM