KEMBALI menyambut raya dengan status isteri pada tahun ini memberi 1,001 makna buat Shila Amzah.
Menggandakan lagi kegembiraan apabila dia kini menanti kelahiran anak pertama hasil perkahwinan dengan Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli atau Ubai.
Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, masih ramai tertanya-tanya tentang status kemelut keluarganya yang sebelum ini pernah menggemparkan industri hiburan tanah air.
Terbuka berkongsi, pemilik nama penuh Nurshahila Amir Amzah itu berkata, hubungannya dengan keluarga masih lagi sama seperti sebelum ini, ibarat masih belum menemui titik bahagia mahupun terus bermusuh.
Baginya tiada perkara perlu dikejarkan apatah lagi dia kini memilih untuk menepis segala toksik yang boleh menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya ikut nasihat suami untuk fokus sepenuhnya kepada kandungan dan tak mahu fikir banyak perkara toksik yang boleh memberi impak terhadap mental.