315
SEBELUM ini timbul desas-desus mendakwa kumpulan K-pop popular, Blackpink akan membuat kemunculan semula pada 2024, namun sebilangan pihak lain mengatakan mereka tidak akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Dakwaan tersebut difahamkan sekadar khabar angin kerana andai melihat jadual, setiap anggotanya terlampau sibuk memenuhi agenda karier solo.
Tambahan pula, dua ahli iaitu Lisa dan Jennie kini sedang rancak menguruskan label sendiri yang ditubuhkan tahun ini.
Dari sisi lain, kelab peminat mereka iaitu Blinks ternyata masih mengharapkan ada khabar gembira daripada keempat-empat wanita itu. – HIBGLAM