Subang cara Fariz, Fhan dekati orang muda

KERJAYA sebagai ahli politik memerlukan Datuk Seri Fariz Hazurin mendekati pelbagai lapisan masyarakat, daripada yang paling tua sampai ke paling muda.

Banyak pendekatan diambil dan khusus untuk orang muda, beliau memilih platform muzik hip hop.

Selepas tampil dengan single Bangkit bersama Fhan awal tahun lalu, Fariz Hazurin meneruskan kolaborasi bersama Fhan dengan single terbaharu bertajuk Subang pula seolah-olah satu deklarasi apresiasinya kepada tempatnya menyumbang jasa selama ini.

Bagi Fariz Hazurin, menjadi rapping politician mmemudahkan dirinya mendekati dan menjiwai dilema anak muda memandangkan genre muzik itu begitu dekat di hati golongan itu.

Setiap genre muzik ada karakternya yang tersendiri dan melalui hip hop, setiap tempo, nada dan patah liriknya memberi peringatan dan pesanan kepada orang ramai.

“Ini cara saya mendekati orang muda. Saya lihat genre ini dekat dengan hati dan jiwa anak muda,” katanya yang gembira dengan kolaborasinya bersama Fhan, rapper yang disifatkan mempunyai cita rasa sepertinya.

Single Subang sudah dilancarkan menerusi platform penstriman digital sejak 22 Disember lalu dan sehingga kini telah dimainkan lebih 2,000 kali.

Pada 13 Januari lalu, video muzik rasminya pula dilancarkan dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Bagi Fariz Hazurin, Subang merupakan sebuah bandar ‘hype’ yang menjadi pilihan ramai anak muda untuk mengisi masa terluang.

Subang ada semua yang anak mudah mahukan,” katanya.

Promosi bandar berjasa

Nada sama turut disuarakan Fhan yang melihat Subang sebagai bandar dengan identiti tersendiri, menjadikannya unik dan menarik.

Kami harap lagu Subang ini boleh menjadi antem untuk anak muda yang menjadikan Subang sebagai tempat lepak, tempat mencari rezeki atau tempat melalui pengalaman suka dan duka sekalipun,” katanya.

Selain sebagai rapper, Fhan atau nama sebenarnya Farhan Alias juga merupakan ahli perniagaan, menjadikan kolaborasinya bersama Fariz Hazurin sangat unik.

Bangkit dan yang terkini, Subang mempertemukan dua rapper dengan latar belakang berbeza, namun punya kesefahaman yang padu.

“Kami masing-masing ada pengalaman yang boleh diguna pakai dalam industri muzik,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok